LUKAKU jaring 33 gol untuk Inter Milan musim lalu.
LUKAKU jaring 33 gol untuk Inter Milan musim lalu.
Agensi

London: Romelu Lukaku kini berlatih sendirian di Turkiye dan dilaporkan enggan kembali ke Chelsea ketika dia cuba memaksa perpindahan ke Inter Milan.

Lukaku menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Inter dan meledak 13 gol dalam 33 aksi semua kejohanan.

Tempoh pinjamannya berakhir penghujung kempen 2022/23 tetapi dia tidak kembali ke pangkuan Chelsea, sebaliknya menayangkan sesi latihan solonya di Instagram.

Penyerang berusia 30 tahun itu kerap memuat naik fotonya di gimnasium, di atas padang dan kolam renang. Daily Mail melaporkan dia kini berehat di resort Rixos Belek di Turkiye ketika rundingan mengenai masa depannnya belum muktamad.

Mauricio Pochettino tidak melihat Lukaku dalam perancangannya di Chelsea dan berharap kelab dapat menjualnya bersama Pierre-Emerick Aubameyang dan Hakim Ziyech.

Namun, Lukaku diberitahu dia perlu melapor diri di pusat latihan Cobham pada 17 Julai.

Bagaimanapun, Gazzetta dello Sport berkata dia tidak akan muncul di London dalam usaha memaksa majikannya merendahkan harga yuran perpindahannya.

Bidaan £23 juta (RM137.89 juta) Inter ditolak sebelum ini dan mereka menegaskan tidak akan membayar Chelsea £34 juta (RM203 juta) seperti diminta. Blues membeli Lukaku dari Inter dua tahun lalu dengan harga £97.5 juta (RM584.67) juta dan mahu menebus kembali jumlah itu.

Peguam Lukaku Sebastian Ledure dilaporkan menghubungi Chelsea minggu ini bagi mencari penyelesaian terbaik. Minat turut ditunjukkan pesaing Inter, AC Milan, Juventus dan dari Arab Saudi tetapi Lukaku hanya memilih Inter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2023 @ 12:35 PM