Agensi

London: Kegembiraan Pep Guardiola memenangi Liga Juara-Juara mungkin tidak dapat menandingi kegembiraannya menerima mesej ucapan tahniah daripada salah seorang idolanya, Julia Roberts.

Manchester City dalam media sosial mereka berkata "@PepTeam akan terkejut dengan ini!" selepas bintang Hollywood Julia dalam Instagram itu memuji pengendali dari Sepanyol itu kerana mengetuai kemenangan 1-0 ke atas Inter Milan semalam.

"Tahniah @pepteam kerana memimpin pasukan anda menjadi juara UCL. #pep #soccermom" kata pelakon Ocean Twelve dan Pretty Woman.

Guardiola membuat pengakuan bahawa dia berusaha bersungguh-sungguh selepas mendedahkan pada Mac lalu terhadap kegusaran yang timbul apabila Julia pernah memilih untuk melawat Manchester United daripada menonton pasukan Citynya.

"Jika saya memenangi Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut saya akan gagal," kata Guardiola selepas RB Leipzig dibelasah 7-0 untuk memastikan tempat ke suku akhir.

"Saya mempunyai tiga idola dalam hidup saya. Michael Jordan, Tiger Woods, dan Julia Roberts. Ini adalah tiga idola saya.

"Julia Roberts tahun lalu datang ke Manchester – bukan pada 90-an ketika Sir Alex (Ferguson) memenangi gelaran dan gelaran serta gelaran. Dia datang dalam tempoh di mana kita lebih baik daripada United, dalam tempoh empat atau lima tahun ini, betul tak?

"Dan dia pergi melawat Manchester United. Dia tidak datang menemui kami. Itulah sebabnya walaupun saya memenangi Liga Juara-Juara, ia tidak dapat dibandingkan kerana Julia Roberts datang ke Manchester dan tidak datang berjumpa kami.

"Walaupun saya memenangi Liga Juara-Juara ia tidak akan dibandingkan dengan kekecewaan yang saya alami ini."

Sementara itu Gareth Southgate percaya England boleh mendapat manfaat daripada kejayaan Manchester City merangkul Liga Juara-Juara buat kali pertama itu.

Southgate menyenaraikan lima pemain dari pasukan Pep Guardiola dalam skuadnya untuk kelayakan Euro 2024 bulan ini menentang Malta dan Macedonia Utara, dengan John Stones, Jack Grealish, Phil Foden, Kyle Walker dan Kalvin Phillips semuanya akan menyertai skuad itu selepas meraikan kejayaan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2023 @ 8:10 AM