ARIFF Farhan mahu bekalan terbaik dibawa untuk menentang Selangor FC. -FOTO Ikhsan KDA FC
ARIFF Farhan mahu bekalan terbaik dibawa untuk menentang Selangor FC. -FOTO Ikhsan KDA FC
Oleh Izzali Ismail


Alor Setar: Pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Ariff Farhan mahu terus fokus dalam misi Sang Kenari untuk membawa pulang tiga mata pada aksi Liga Super seterusnya menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Rabu ini.

Jelas pemain sayap kiri Sang Kenari ini, momentum bertahan dengan baik melalui kemenangan yang dicapai Kedah sebelum ini adalah bekalan yang sangat diperlukan apabila turun berdepan Red Giants yang kini mengukuhkan kedudukan pada tangga kedua liga.

"Kemenangan 5-0 ke atas Kelantan FC adalah tonik untuk kami lebih bersemangat bertemu Selangor FC dan saya harap momentum permainan dapat.

"Kami juga dilihat kerap bolos dalam beberapa aksi terdahulu, tetapi jika dilihat pada dua aksi terakhir terakhir iaitu ketika menentang Negeri Sembilan FC dan Kelantan FC lalu, kami bertahan dengan baik," katanya.

Ariff Farhan berkata, melihat pada cabaran besar yang akan dihadapi KDA FC tatkala berdepan skuad Tan Cheng Hoe, dia yakin perancangan yang akan dilakukan ketua jurulatih Nafuzi Zain.

"Sudah tentu aksi menentang Red Giants nanti akan menjadi perlawanan yang cukup sengit kerana kami juga mahu melonjakkan kedudukan ke tangga kedua manakala Selangor juga pada masa yang sama mahu kekalkan kedudukan itu.

"Saya yakin coach Nafuzi sedang mempersiapkan perancangan dan strateginya yang perlu kami terapkan diatas padang nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2023 @ 12:02 PM