HAALAND jaring 42 gol musim ini.
HAALAND jaring 42 gol musim ini.
AFP

London: Erling Haaland kembali cergas untuk kunjungan ke Southampton dalam aksi Liga Perdana awal pagi Ahad, menurut pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang mengesahkan status penyerang berbisa itu hari ini.

Haaland yang meledak 42 gol musim ini terlepas aksi City ketika membelasah Liverpool 4-1 minggu lalu susulan mengalami kecederaan pangkal paha yang turut menyaksikan dia tidak dapat membantu Norway dalam kempen antarabangsa.

Kehadirannya semula tepat pada masanya dalam misi City memburu tiga trofi pada dua bulan terakhir musim ini.

"Dia berlatih sangat baik pada dua hari terakhir ini," kata Guardiola. "Dia sudah pasti bersedia."

City akan menerima kedatangan Bayern Munich di Etihad untuk aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara selepas berkunjung ke St Mary.

Tetapi Guardiola berkata dia tetap fokus sepenuhnya untuk mengejar Arsenal di puncak Liga Perdana.

Gunners mempunyai kelebihan lapan mata tetapi City mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding skuad Mikel Arteta dan akan menerima kunjungan Arsenal di Etihad bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 10:40 PM