PEMAIN Kedah Darul Aman FC, Manuel Gelito Ott (kanan) diasak pemain Sri Pahang FC, Stefano Brundo, pada saingan Liga Super 2023, di Stadium Darul Makmur. FOTO Farizul Hafiz Awang
PEMAIN Kedah Darul Aman FC, Manuel Gelito Ott (kanan) diasak pemain Sri Pahang FC, Stefano Brundo, pada saingan Liga Super 2023, di Stadium Darul Makmur. FOTO Farizul Hafiz Awang
Asrol Awang


Kuantan: Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain menarik nafas lega selepas skuadnya berjaya mengikat Sri Pahang FC 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, keputusan itu cukup bermakna selepas ketinggalan satu gol dan anak buahnya bangkit menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan.

"Alhamdulillah, tahniah kepada pemain saya kerana berusaha sehingga minit terakhir perlawanan kerana berusaha untuk menjaringkan gol penyamaan yang amat penting. Kita tahu bermain di Stadium Darul Makmur bukannya senang dan kedudukan Sri Pahang yang mantap pada musim ini.

"Namun, saya gembira dan berpuas hati prestasi yang dipersembahkan pemain yang berjaya bangkit selepas mereka melakukan kesilapan dan kelekaan. Cuma jika ia ditambah dengan jaringan, ia sempurna untuk memastikan kedudukan terbaik dalam saingan liga," katanya.

Mengulas kegagalan Lucas Silva menyempurnakan sepakan penalti, Nafuzi mengakui skuadnya bernasib baik apabila penyerang import tuan rumah gagal menyudahkannya.

Katanya, kegagalan Silva membuka ruang kepada skuadnya untuk mendapatkan gol penyamaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2023 @ 12:31 PM