UNITED masih menanti pemilik baharu. FOTO AFP
UNITED masih menanti pemilik baharu. FOTO AFP
Reuters

Manchester: Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani telah mengemukakan bidaan baharu untuk membeli Manchester United yang dipercayai bernilai sekitar £5 bilion (RM27 bilion) lapor Sky News.

Sheikh Jassim, anak kepada bekas perdana menteri Qatar, melancarkan bidaan itu pada Februari.

Jurucakap yang mewakili Sheikh Jassim berkata pada masa itu bahawa bidaan benar-benar bebas hutang, melalui Yayasan Nine Two Sheikh Jassim.

Manchester United tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Usahawan Finland, Thomas Zilliacus juga membuat tawaran pada hari Khamis dan memberitahu Reuters bahawa dia sanggup membayar premium untuk kelab bola sepak England itu.

Jutawan Britain Jim Ratcliffe, peminat United seumur hidup dan pengasas pengeluar bahan kimia INEOS, membida untuk kelab itu pada Februari.

Pemilik United sekarang, keluarga Glazer, mula membuat pilihan untuk pemegang rekod juara liga 20 kali itu pada November, termasuk pelaburan baharu atau potensi penjualan, 17 tahun selepas mereka membeli kelab Old Trafford itu.

Sebarang penjualan kelab itu mungkin akan melebihi perjanjian sukan terbesar setakat ini, AS$5.2 bilion (RM23 bilion) termasuk hutang dan pelaburan yang dibayar untuk Chelsea, sumber memberitahu Reuters sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2023 @ 11:04 PM