NEUER penjaga gol berpengalaman Bayern dan Jerman.
NEUER penjaga gol berpengalaman Bayern dan Jerman.
Agensi

London: Penjaga gol Bayern Munich Manuel Neuer bakal dikenakan denda 'lumayan' berjumlah £1.4 juta (RM7.35 juta).

Pemain berusia 36 tahun itu kini tersisih akibat patah kaki ketika sedang bercuti selepas Jerman tersingkir awal di peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Namun, Neuer menjadi perhatian susulan komennya mengenai pemecatan jurulatih penjaga gol Bayern, Toni Tapalovic.

Neuer dan Tapalovic bersahabat baik ketika mereka berdua beraksi di Schalke dan dalam satu temu ramah, Neuer mengkritik pemecatan Tapalovic yang tidak disenangi kelab.

Penjaga gol itu berkata: "Bagi saya ia seperti satu tamparan hebat. Ia seperti ketika saya terjatuh akibat kecederaan di atas padang dan hati saya disiat-siat.

"Ia tindakan paling ganas pernah saya alami sepanjang karier saya dan saya banyak kali alami pengalaman seperti itu."

Menurut media Sepanyol AS, Neuer dijangka berdepan denda berjumlah £1.4 juta (RM7.35 juta) susulan responnya mengenai keputusan kelab berpisah dengan Tapalovic.

Dilaporkan beberapa hierarki Bayern berang dengan kritikan Neuer.

Presiden kelab Herbert Hainer berkata: "Kami kecewa Manuel Neuer tidak bersemuka dengan kami tetapi sebaliknya mengkritik menerusi media.

"Saya lebih kecewa berbanding marah kerana saya fikir Manuel seorang pemain hebat dan sudah lama berada di sini sepatutnya bertemu kami terlebih dahulu."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2023 @ 6:56 PM