KANE menerima panggilan telefon daripada Conte. FOTO Dailymail
KANE menerima panggilan telefon daripada Conte. FOTO Dailymail
Agensi

London: Antonio Conte membuat panggilan telefon untuk mengucapkan tahniah kepada Harry Kane kerana menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Tottenham dan jaringannya menjadi penentu kemenangan 1-0 ke atas Manchester City.

Ketua jurulatih Tottenham itu tidak dapat mengendalikan perlawanan itu kerana dia sedang menjalani rawatan pemulihan daripada pembedahan pundi hempedu di Itali, dengan penolong jurulatih Cristian Stellini mengawasi perlawanan semasa ketiadaannya.

Jaringan separuh masa pertama Kane menyaksikan kapten England itu kini merekodkan 267 gol untuk Spurs, melepasi rekod yang dipegang oleh mendiang Jimmy Greaves.

Conte memberi ucapan tahniah dari jauh menerusi panggilan video dari bilik persalinan dan melihat Kane menerima panggilan daripada bosnya.

"Anda membuat saya bangga," kata Conte dengan ketua jurulatih Spurs itu mengesahkan dia semakin sihat selepas ditanya oleh Kane mengenai proses pemulihannya selepas pembedahan Rabu lalu.

Conte kemudiannya memuat naik ucapan tahniah di Instagram kepada pasukannya di atas kemenangan mereka dengan keputusan itu meletakkan Spurs kini di belakang pasukan di tempat keempat Newcastle dalam Liga Perdana.

"Sentiasa bersama Anda, walaupun dari jauh," tulis Conte. "Bangga dengan seluruh pasukan."

Tumpuan selepas perlawanan tertumpu kepada pencapaian Kane dengan penyerang itu menjadi pemain ketiga yang mencapai 200 gol Liga Perdana.

Alan Shearer dan Wayne Rooney antara pemain lain yang mencapai pencapaian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2023 @ 9:15 AM