TONEY meraikan jaringan pertamanya. FOTO AP
TONEY meraikan jaringan pertamanya. FOTO AP
Reuters

Manchester: Penyerang Brentford, Ivan Toney meledak dua gol untuk membantu pasukannya mengejutkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City 2-1 pada aksi terakhir liga sebelum rehat Piala Dunia, sebentar tadi.

Ia adalah kekalahan pertama skuad kendalian Pep Guardiola di laman sendiri sejak Februari lalu yang juga kekalahan kedua musim ini selepas tumpas 0-1 kepada Liverpool, 16 Oktober lalu

Toney yang disisihkan daripada skuad Piala Dunia England ke Qatar memecah kebuntuan selepas menyambut tandukan Ben Mee untuk gol pendahuluan pada minit ke-16.

City seharusnya mendapat tendangan penalti namun mereka berjaya memecah kebuntuan di penghujung babak pertama menerusi Phil Foden, gol kelapannya dalam saingan liga musim ini.

City mencipta banyak peluang untuk mendapatkan gol pada babak kedua namun Toney meledak gol kemenangan pada masa tambahan menerusi serangan balas pantas.

City kekal di tangga kedua dengan 32 mata, dua mata di belakang pendahulu, Arsenal yang akan menentang Wolves awal pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2022 @ 11:48 PM