PEMAINKelantan FC ketika sesi latihan bagi persiapan perlawanan timbal balik ke atas pasukan Sarawak FC di Stadium Sultan Muhammad ke IV,Kota Bharu, esok. FOTO Ihsan Kelantan FC
PEMAINKelantan FC ketika sesi latihan bagi persiapan perlawanan timbal balik ke atas pasukan Sarawak FC di Stadium Sultan Muhammad ke IV,Kota Bharu, esok. FOTO Ihsan Kelantan FC
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Berbekal kemenangan ke atas Sarawak tempoh hari dan beraksi di laman sendiri menjadi tonik buat pasukan Kelantan FC turun dalam aksi timbal balik menentang sang bedal, esok.

Pengendali pasukan, Rezal Zambery Yahya berkata, dia optimis Kelantan mampu ke peringkat suku akhir piala TM Malaysia jika mereka terus konsisten.

Katanya, dari segi moral pemain kini berada di tahap baik dan positif selain tempoh tiga hari aksi timbal balik itu memberi ruang pasukan memperbaiki kesilapan dan kelemahan pada perlawanan lalu.

"Kita dah tahu sedikit sebanyak kekuatan dan kelemahan lawan, jadi pemain perlu berusaha dapatkan keputusan positif di sini (Kota Bharu)," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Rezal berkata, Kelantan yang menurunkan barisan pemain tempatan di Stadium Kuching, Sarawak akan dikekalkan pada perlawanan esok.

"Saya menilai mereka melalui latihan harian dan kesesuaian pemain, bagi saya pemain yang diturunkan di Sarawak lalu adalah pemain yang cergas.

"Mereka menunjukkan persembahan terbaik dan keputusan yang memberangsangkan, saya harap pemain konsisten dan kurangkan kesilapan mudah," katanya.

Pengendali berasal Johor itu berkata, kelebihan beraksi di tempat sendiri juga memberi lebih semangat untuk anak buahnya mendapatkan kemenangan malam esok.

Dalam aksi 26 Oktober lalu, Kelantan FC membawa bekal selesa apabila gol tunggal import Jepun, Kenta Hara memberi kelebihan buat Kelantan FC menang ke atas Sarawak FC.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2022 @ 12:30 PM