DEMBELE (kiri) berjaya membantu Barca membelasah Bilbao. FOTO AP
DEMBELE (kiri) berjaya membantu Barca membelasah Bilbao. FOTO AP
AFP

Barcelona: Ousmane Dembele menjaringkan gol dan melakarkan tiga bantuan jaringan ketika Barcelona menumpaskan Athletic Bilbao 4-0 dalam saingan La Liga, membolehkan mereka kekal tiga mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Pemain sayap Perancis itu berada pada tahap terbaik selepas kembali disenaraikan dan dicabar untuk melakukan sesuatu oleh jurulatihnya, Xavi Hernandez, sekali gus memberi tamparan buat bekas pengendali Barca, Ernesto Valverde yang kembali ke Camp Nou.

Dembele meledak jaringan pembukaan dan mencipta gol buat Sergi Roberto dan Robert Lewandowski pada separuh masa pertama tatkala Barcelona membuatkan Athletic tergamam.

Ferran Torres meledak gol buat tuan rumah pada separuh masa kedua hasil hantaran Dembele.

"Ia lumrah buat pemain sayap, ada masa naik dan turun, mereka perlu melaluinya, seperti mana yang saya sentiasa katakan.

"Ada kalanya ia berkesan dan berlaku sebaliknya namun mereka harus menempuhnya. Ousmane berjaya memberikan perbezaan," kata Xavi.

Ia adalah perlawanan pertama Valverde berdepan Barcelona sejak dipecat Januari 2020 dan meraih dua kejuaraan liga namun ia tidak mengikut seperti yang dirancangnya.

"Ia memang hari yang sangat teruk kerana kami tumpas 0-4. Mereka menghukum kami," kata jurulatih berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2022 @ 10:51 AM