PEMAIN NSFC, Gustavo Dos Santos (tengah) membuat percubaan ke pintu gol MUFC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. FOTO AZRUL EDHAM
PEMAIN NSFC, Gustavo Dos Santos (tengah) membuat percubaan ke pintu gol MUFC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. FOTO AZRUL EDHAM
Mohd Amin Jalil


Seremban: Negeri Sembilan FC (NSFC) meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Melaka United FC (MUFC), 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Kemenangan itu memberi peluang NSFC memperkukuhkan kedudukan dalam carta liga, sekali gus bersaing memburu tempat ke kempen Piala AFC musim depan dengan Sabah FC dengan Terengganu FC (TFC).

NSFC yang mengekalkan kesebelasan utama seperti ketika bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sabtu lalu, dilihat lebih menguasai perlawanan dengan melakukan asakan bertali arus ke kawasan kubu lawan.

Percubaan terbaik NSFC menerusi Gustavo Dos Santos dari luar kotak penalti pada minit ke-30, menyaksikan bola terkena palang.

Skuad Hobin Jang Hobin berada di depan apabila tandukan Nasrullah Hanif Johan yang menerima bola daripada sepakan sudut diambil Che Rashid Che Halim, menerjah jaring pada minit ke-34.

Bersambung babak kedua, skuad bimbingan K Devan dilihat meningkatkan intensiti persembahan dalam usaha mereka menambah jaringan gol.

Melalui serangan balas, NSFC menjadikan kedudukan semakin selesa menerusi jaringan Gustavo Dos Santos pada minit ke-86.

Penyerang dari Brazil itu mudah menolak masuk bola lorongan pemain gantian, Mohammad Izuddin Roslan, sekali gus memastikan tiga mata milik NSFC.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2022 @ 10:32 PM