VLAHOVIC menjaringkan gol kemenangan Juventus. FOTO EPA
VLAHOVIC menjaringkan gol kemenangan Juventus. FOTO EPA
AFP

Milan: Dusan Vlahovic menyelamatkan Juventus daripada mengalami krisis yang lebih teruk apabila meledak gol tunggal ketika menewaskan Torino 1-0 di tempat lawan sekali gus melegakan sedikit tekanan ke atas jurulatih, Massimiliano Allegri.

Juve tewas kepada Maccabi Haifa pada aksi Liga Juara-Juara tetapi Vlahovic memberi ruang kepada Allegri untuk bernafas meskipun mereka mempamerkan satu lagi aksi kurang meyakinkan.

Penyerang Serbia, Vlahovic menjaringkan gol ketika berbaki 15 minit untuk memberikan Juve kemenangan pertama di tempat lawan musim ini sekali gus meningkatkan semangat pasukan selepas permulaan yang buruk.

"Ketika waktu sukar, ia membantu anda untuk lebih matang dan anda belajar lebih banyak berbanding ketika semuanya berjalan lancar.

"Sama ada saya bermain dengan baik atau tidak, saya akan pastikan memberikan segala-galanya setiap masa," kata kata Vlahovic kepada DAZN.

Juve berada di tempat ketujuh, tujuh mata di belakang pendahulu liga, Napoli.

"Hari ini pemain menunjukkan mereka beraksi sebagai satu pasukan. Mereka bermain dengan baik dan saya gembira melihatnya. Ia bukan perlawanan yang mudah.

"Memang mengecewakan apabila kami melalui masa yang sukar tetapi anda perlu keluar daripada situasi itu. Hari ini adalah langkah pertama kami ke arah itu," kata Allegri kepada DAZN.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2022 @ 8:29 AM