PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola. FOTO REUTERS
PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola. FOTO REUTERS
Agensi

London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola sedih dengan pemergian tiga pemain bintang, tetapi menegaskan rekod pendapatan hasil perpindahan pada musim panas ini membuktikan mereka mampu bertahan dan mengekalkan prestasi terbaik.

City menjual Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko kepada Arsenal dengan harga £45 juta (RM243.83 juta) £30 juta (RM162.55 juta).

Raheem Sterling turut meninggalkan pasukan untuk menyertai Chelsea dengan harga £50 juta (RM270.92 juta) sebagai sebahagian rombakan skuad juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Trio berkenaan adalah sebahagian pasukan yang memenangi semua empat gelaran EPL sejak Guardiola berada di Manchester pada 2016.

Tujuh lagi pemain turut dijual pada musim panas ini, termasuk penjaga gol, Gavin Bazunu dan Romeo Lavia kepada Southampton.

"Saya sedikit sedih apabila sebahagian pemain utama sudah meninggalkan pasukan," kata Guardiola.

"Tetapi, ini adalah bisnes. Untuk melabur, anda perlu menjual pemain kerana jika tidak, anda tidak mampu bertahan.

"Saya tahu, imej kelab ini dikenali sebagai pasukan yang membeli, beli dan beli. Tetapi, kami turut menjual. Kami jual pemain penting untuk dapatkan wang besar.

"Semua kelab tahu, menjual pemain pada ketika ini bukan mudah. Semua kelab mahu melakukannya, tetapi tidak semua yang boleh."

Selepas perpindahan pemain yang sudah selesai, ada beberapa keputusan jangka pendek perlu dibuat mengenai penyerang, Liam Delap dan pemain tengah, James McAtee.

Pendapatan dihasilkan City pada musim panas ini adalah pendapatan terbanyak bagi satu jendela perpindahan kelab EPL.

Tetapi, mereka turut berbelanja besar termasuk RM243.83 juta untuk pemain tengah England, Kalvin Phillips; £51.2 juta (RM277.43 juta) bagi Erling Haaland dan £14.1 juta (RM76.40 bagi Julian Alvarez).

Malah, lebih RM162.55 juta lagi perlu dibelanjakan untuk pemain pertahanan Brighton, Marc Cucurella yang membuat permintaan untuk berhijrah menyertai City.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2022 @ 10:44 AM