PERLAWANAN persahabatan Spurs menentang Sevilla di Suwon. -FOTO AFP
PERLAWANAN persahabatan Spurs menentang Sevilla di Suwon. -FOTO AFP
Agensi

Suwon, Korea Selatan: Spurs menamatkan jelajah pramusim di Korea Selatan dengan keputusan seri 1-1 menentang Sevilla di Suwon.

Harry Kane merembat masuk lima minit pada separuh masa kedua hasil daripada kawalan bola cemerlang yang diumpan oleh Son Heung-min.

Gandingan itu menjadi tumpuan sejak kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan tiba di Korea Selatan Ahad lalu.

Terdahulu gol dari Kane pada separuh masa pertama dibatalkan kerana ofsaid seterusnya menyaksikan perlawanan beraksi dengan keputusan seri selepas pemain tengah Sevilla Ivan Rakitic meledakkan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti.

"Minggu ini di Korea saya sangat gembira kerana kami banyak bekerja dan pada masa yang sama kami menikmati dan bermain dua perlawanan persahabatan," kata pengurus Spurs Antonio Conte.

"Saya rasa perlawanan pertama adalah perlawanan persahabatan dan ini adalah perlawanan sebenar."

Spurs akan kembali ke England dengan sedikit kebimbangan kecederaan selepas terpaksa mengeluarkan Ben Davies pada minit ke-85.

"Davies menamatkan perlawanan dengan sedikit kesakitan di buku lalinya. Saya harap tiada apa-apa yang serius."

Sebelum rehat, siku Heung-min mengenai Gonzalo Montiel, menyebabkan mulut pemain Argentina itu berdarah dan kedua-dua pemain itu hampir bergaduh.

"Walaupun ia perlawanan pra-musim, tidak ada pemain bola sepak yang mahu tewas. Permainan agak agresif tetapi ia perkara yang tidak dapat dielakkan dalam bola sepak," kata Heung-min.

Tottenham menewaskan Pasukan K League 6-3 pada hari Rabu dalam perlawanan pembukaan pramusim mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2022 @ 10:02 AM