CRISTIANO Ronaldo. -FOTO Reuters
CRISTIANO Ronaldo. -FOTO Reuters
Agensi

London: Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo meluahkan rasa kecewa apabila dia gagal menamatkan kemarau gol sepanjang lima perlawanan berturut-turut.

Ia adalah kemarau gol terpanjang dalam karier pemain itu dalam tempoh sedekad awal pagi tadi.

Dia dilihat meninggalkan padang selepas tamat perlawanan ketika pasukannya seri menentang 1-1 Burnely.

Raut wajah yang kecewa jelas kelihatan apabila dia membaling lilitan putih di pergelangan tangannya ketika rakan pasukan masih berada di padang untuk memberi penghormatan buat penyokong mereka.

Pemain antarabangsa Portugal itu kini melalui lima perlawanan tanpa gol - kemarau jaringan yang bermula selepas kemenangan 3-1 United mengatasi skuad Clarets pada 30 Disember.

Dia diletakkan di bangku simpanan di Turf Moor sebelum dimasukkan berbaki 20 minit saingan.

Dan dia masih belum menemui gawang dan berang apabila wisel penamat ditiup yang memberikan satu lagi keputusan mengecewakan buat Red Devils.

Bos, Ralf Rangnick menemui masalah dalam pasukannya sebelum memasukkan Ronaldo ketika keputusan seri tampak tidak boleh dielakkan.

Dia memberitahu BT Sport: "Ia 1-0 pada babak pertama, kami tahu mereka akan bangkit pada babak kedua dengan cara lebih agresif. Satu perkara saya boleh kritik pasukan ialah kami tidak cukup agresif pada 20 minit babak kedua.

"Jika anda lihat keseluruhan permainan, kami mendominasi sebahagian besar aksi. Menang satu mata tidak cukup dan ia satu lagi keputusan mengecewakan."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Februari 2022 @ 9:42 AM