AKSI Ketkeophomphone ketika cuba mengekang kelincahan bintang PSG, Angel Di Maria dalam saingan Ligue 1.
AKSI Ketkeophomphone ketika cuba mengekang kelincahan bintang PSG, Angel Di Maria dalam saingan Ligue 1.
Asrol Awang


Kuantan: Bintang kacukan Laos, Billy Ketkeophomphone bakal menjadi sandaran baharu Sri Pahang FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain kacukan Laos-Perancis itu dilaporkan akan mengisi kuota pemain Asia Tenggara sekali gus memperkasakan jentera serangan skuad Tok Gajah itu.

Menurut sumber kelab itu, Billy, 31, bersetuju untuk bersama skuad kendalian Christophe Gamel itu.

"Namun, ketika ini Sri Pahang hanya menantikan kehadiran Billy dan dijangka bersama pasukan dalam tempoh terdekat," kata sumber itu.

Jika ia menjadi kenyataan, Billy akan bergandingan dengan pemain import dari Jordan, Mahmoud Za'tara di bahagian serangan.

Difahamkan, antara faktor Billy memilih Sri Pahang ialah galakan daripada bekas penyerang import Sri Pahang, Dickson Nwakaeme. Ini kerana Nwakaeme dan Billy pernah bermain bersama dengan kelab Perancis, Angers SCO pada 2016.

Setakat ini, Sri Pahang mengesahkan dua pemain import bersama kelab itu iaitu Za'tara dan bekas pemain pasukan remaja kebangsaan Perancis, Johan Martial.

Tiga kuota pemain dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat sebagai persediaan awal menghadapi saingan Liga M musim 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 5:47 PM