EIAN Yow (kanan) ketika menentang Mueller  di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. FOTO Ihsan Persatuan Raket Skuasy Malaysia
EIAN Yow (kanan) ketika menentang Mueller di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. FOTO Ihsan Persatuan Raket Skuasy Malaysia
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pemain skuasy perseorangan lelaki negara, Ng Eain Yow meneruskan rentak cemerlang di laman sendiri selepas mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia. Pemain nombor 18 dunia itu berjaya mempamerkan aksi bertenaga selepas mencatat kemenangan meyakinkan 11-6, 11-5, 11-5 ke atas Nicolas Mueller dari Switzerland. "Saya rasa ia persembahan terbaik kerana pernah berdepan Mueller di final dua tahun lalu, jadi untuk menang 3-0 hari ini satu keputusan cemerlang buat saya.

"Saya rasa mungkin dia tidak memberikan 100 peratus, namun saya kekal fokus dan perancangan saya adalah kekal intensiti tinggi dan terus menekannya di seluruh gelanggang," katanya.

Eain Yow akan berdepan pilihan utama esok dari Colombia, Miguael Rodriguez yang mengenepikan wakil Amerika Syarikat, Shahjahan Khan 11-1, 11-9, 11-1. Bagaimanapun, pemain perseorangan wanita negara, Rachel Arnold tumpas 3-11, 11-8, 11-6, 6-11, 6-11 kepada wakil Mesir yang juga pilihan utama, Salma Hany.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 9:53 PM