Aaron Wan-Bissaka ditenangkan Paul Pogba ketika aksi berdepan Young Boys. FOTO Agensi
Aaron Wan-Bissaka ditenangkan Paul Pogba ketika aksi berdepan Young Boys. FOTO Agensi
Agensi

London: Pemain pertahanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka dijatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan oleh panel disiplin UEFA selepas dia dilayangkan kad merah ketika aksi berdepan Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara.

Wan-Bissaka menerima kad merah pada minit ke-35 selepas melakukan kekasaran ke atas Christopher Martins Pereira ketika kekalahan mengejut kelab dari London itu pada 15 September lalu.

Penggantungan wajib satu perlawanan dilanjutkan kerana aksi kasar yang dipamerkan pemain pertahanan itu. Ini bermakna dia akan terlepas aksi di gelanggang sendiri bulan depan berdepan Atalanta termasuk pertemuan berdepan Villarreal, pagi esok.

Leicester dan Napoli masing-masing didenda £17,250 (RM97,178) serta £13,000 (RM73,236) baru-baru ini susulan masalah yang dicetuskan penonton dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium King Power.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 September 2021 @ 9:31 PM