SALAH aset berharga Liverpool. FOTO AFP
SALAH aset berharga Liverpool. FOTO AFP
Agensi

London: Bekas penjaga gol Arsenal yang mempunyai pertalian Mesir, Rami Shaaban menasihatkan Mohamed Salah untuk kekal di Liverpool pada musim depan kecuali jika dia mahu berhijrah ke Sepanyol.

Di sebalik Liverpool mengharungi kempen hambar musim lalu, Salah secara peribadi mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak 22 gol selain membantu Reds layak beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Secara keseluruhan, Salah menjaringkan 31 gol sepanjang 51 penampilan di semua pertandingan pada musim lalu dan muncul penjaring kedua terbanyak Liga Perdana Inggeris apabila hanya kurang satu gol berbanding Harry Kane.

Dia juga tersenarai dalam pasukan Terbaik Tahunan Persatuan Bolasepak Pemain (PFA) yang diundi oleh barisan pemain.

Dengan pelbagai khabar angin mengenai masa depan pemain itu, Rami Shaaban berharap Salah akan kekal di Anfield.

"Adalah lebih baik untuk Salah kekal di Liverpool," katanya kepada OnTime Sports TV.

"Penyokong Liverpool menyayangi Salah. Saya mahu Salah terus bersama kelab itu meskipun jika dia menerima tawaran daripada Paris Saint-Germain kerana persaingan di England lebih mencabar berbanding di Perancis.

"Tapi mungkin dia boleh mempertimbangkan jika menerima tawaran daripada kelab LaLiga, iaitu seperti Real Madrid dan Barcelona.

"Saya harap Salah akan menyertai Arsenal sebelum berhijrah ke Chelsea. Corak permainnya serasi dengan Arsenal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Jun 2021 @ 9:50 PM