SOLSKJAER (kanan) kecewa selepas pasukannya seri tanpa jaringan menentang Leeds. FOTO EPA
SOLSKJAER (kanan) kecewa selepas pasukannya seri tanpa jaringan menentang Leeds. FOTO EPA
AFP

London: Manchester United seri tanpa jaringan dengan Leeds untuk kekal di landasan terbaik meraih tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer di atas kertas sudah memastikan kedudukan empat terbaik, dengan meninggalkan pasukan tempat kelima, West Ham dengan 12 mata.

United, yang belum kalah 24 perlawanan liga di tempat lawan, mengumpul 67 mata selepas 33 perlawanan dan ketinggalan 10 mata di belakang Manchester City namun lapan mata mengatasi pasukan tangga ketiga, Leicester.

Mengejar City adalah dilihat perkara yang mustahil dan pasukan bimbingan Pep Guardiola akan dinobatkan sebagai juara hujung minggu ini jika mereka mengalahkan Crystal Palace manakala United tumpas kepada Liverpool.

Dalam aksi pagi tadi Solskjaer tidak meletakkan Paul Pogba dan Edinson Cavani dalam kesebelasan utama menjadi sebagai sebahagian daripada persiapan menentang Roma awal pagi Jumaat dalam separuh akhir pertama Liga Europa.

"Kami sepatutnya memenangi setiap perlawanan untuk meletakkan tekanan kepada City.

"Keciciran dua mata membuatkan mereka berasa selamat. Bagaimanapun, kami harus terus menekan.

"Kami mempunyai dua aksi separuh akhir (Liga Europa) dan menentang Liverpool di tengah-tengah perlawanan itu. Ia adalah minggu yang sukar minggu lalu namun inilah lumrah di hujung saingan," kata Solksjaer.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 8:13 AM