Bintang Manchester United, Paul Pogba (tengah) dalam satu aksi EPL sebelum ini. FOTO AFP.
Bintang Manchester United, Paul Pogba (tengah) dalam satu aksi EPL sebelum ini. FOTO AFP.
Agensi

London: Perancang tengah Manchester United, Paul Pogba dilaporkan menjadi salah seorang daripada lima pemain yang diintai Juventus pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ejen Pogba, Mino Raiola mendakwa tahun lalu bahawa tempoh pemain itu di Old Trafford sudah berakhir dan kemelut mengenai masa depan pemain Perancis itu terus menjadi tanda tanya sekalipun diberi jaminan oleh kelabnya.

Ketika kontrak Pogba dijangka tamat pada 2022 dan sebarang rundingan mengenai kontrak baharu masih menjadi persoalan, Red Devils mungkin mengambil langkah menjual pemain itu pada musim panas ini daripada membenarkannya meninggalkan kelab Inggeris berkenaan secara percuma tahun depan jika tiada persetujuan dicapai membabitkan kedua-dua pihak dalam untuk menyambung kontrak baharu.

Juventus sudah lama dikaitkan dengan pertukaran membabitkan bekas pemain tengah mereka itu dan menurut Goal, Raiola sudah mengadakan perbincangan awal di Turin dengan sebarang kemungkinan untuk melengkapkan perjanjian pada musim panas nanti dalam usahanya membawa pemain kebangsaan Perancis itu kembali di Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 April 2021 @ 8:34 PM