Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba beraksi dalam saingan Liga Perdana. FOTO AFP
Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba beraksi dalam saingan Liga Perdana. FOTO AFP
Agensi

London: Mino Raiola mengesahkan tiada perkembangan baharu membabitkan situasi kontrak Paul Pogba di Manchester United.

Pemain kebangsaan Perancis itu dijangka menjadi pemain bebas pada musim panas 2022 dan dilaporkan tidak berminat membincangkan mengenai lanjutan kontrak baru.

Pogba sebelum ini menegaskan dia gembira di Old Trafford sekali gus meredakan spekulasi mengenai masa depannya dan Raiola ketika ini memberi gambaran situasi semasa membabitkan pemain itu.

Bercakap kepada The Times, Raiola berkata: "Anda harus bertanya kepada Manchester United mengenai perkara itu. Buat masa ini semuanya agak tenang. Tiada perkembangan terbaru."

Real Madrid dan Juventus dikaitkan dengan perpindahan membabitkan Pogba yang akan menjadi pemain bebas pada tahun depan, sekalipun United dilaporkan masih berminat menyambung kontrak pemain tengah itu.

Pemain berusia 28 tahun itu dilayangkan kad merah ketika United dimalukan Liverpool, 0-5 di Old Trafford Ahad lalu. Dia berjaya meledak 38 gol dan menghasilkan 49 bantuan gol dalam 218 perlawanan buat Red Devils bagi semua pertandingan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 1:15 PM