Penyerang Monaco, Wissam Ben Yedder (kiri) menjaringkan dua gol berdepan Montpellier pada aksi Ligue 1. FOTO AFP
Penyerang Monaco, Wissam Ben Yedder (kiri) menjaringkan dua gol berdepan Montpellier pada aksi Ligue 1. FOTO AFP
AFP

Paris: Kapten pasukan, Wissam Ben Yedder meledak dua gol ketika Monaco mengelak kebangkitan lewat lawan untuk mencatat kemenangan 3-2 di Montpellier dalam saingan Ligue 1, pagi ini.

Kevin Volland dan Ben Yedder menjaringkan gol dalam masa setengah jam sebelum Elye Wahi dan Andy Delort merapatkan kedudukan gol untuk membolehkan Montpellier kembali bersaing.

Namun jaringan penalti Ben Yedder pada minit ke-61 yang melengkapkan kemenangan Monaco membolehkan mereka melonjak ke kelompok teratas liga dengan 36 mata hanya ketiga mata untuk mengatasi Lille di tempat ketiga.

"Kami menunjukkan solidariti dan kesungguhan. Kami tahu di Montpellier sememangnya selalu sukar untuk menang," menurut Djibril Sibide rakan sepasukan Ben Yedder kepada Telefoot.

"Untuk melakukan kelainan dalam perlawanan kami harus memberi tumpuan daripada awal hingga berakhir permainan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2021 @ 7:41 AM