PENYOKONG memberi penghormatan kepada Maradona. FOTO Agensi
PENYOKONG memberi penghormatan kepada Maradona. FOTO Agensi
AFP

Buenos Aires: Ratusan penyokong mula membanjiri untuk memberi penghormatan terakhir di Casa Rosada yang menempatkan keranda Diego Maradona selepas legenda bola sepak Argentina itu meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 60 tahun.

Peminat berjalan dalam langkah perlahan di depan keranda yang ditutup dengan bendera Argentina dan jersi nombor 10.

Berlaku sedikit kekecohan ketika peminat beratur untuk masuk memberi penghormatan dan memaksa pihak polis untuk menenangkan keadaan.

Keluarga dan kenalan rapat Maradona hadir lebih awal sebelum ia tempat berkenaan dibuka kepada orang ramai.

Ribuan peminat juga bermalam di Plaza de Mayo, menyanyikan lagu untuk ditujukan khas kepada Maradona yang mengetuai Argentina memenangi Piala Dunia 1986.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 7:12 PM