TANG Jie (kanan) dan Ee Wei diletakkan sebagai pilihan kedua di Masters Thailand. FOTO ARKIB NSTP
TANG Jie (kanan) dan Ee Wei diletakkan sebagai pilihan kedua di Masters Thailand. FOTO ARKIB NSTP
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Lima wakil negara meneruskan perjuangan ke pusingan kedua Masters Thailand, esok.

Mereka terdiri daripada empat beregu campuran negara yang mempamerkan aksi mengagumkan untuk menempah tiket pusingan seterusnya.

Beregu campuran nombor satu negara yang juga pilihan kedua kejohanan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak berdepan masalah menjinakkan pasangan Australia, Kenneth Zhe-Gronya Somerville 21-12, 21-11.

Langkah mereka dituruti oleh dua beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kin Meng-Lai Pei Jing.

Bagaimanapun, Soon Huat-Shevon terpaksa mengerah keringat beraksi tiga set sebelum menundukkan pasangan Denmark, Mads Vestergaard-Christine Busch 17-21, 28-26, 21-9.

Manakala Kian Meng-Pei Jing mudah mengatasi beregu Taiwan, Chang Ko-Cho-Lee Chih Cheng, 21-11, 21-17.

Sementara itu, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tidak perlu bermandi peluh apabila pasangan England, Marcus Ellis-Lauren Smith menarik diri.

Turut mengiringi beregu campuran negara ke pusingan berikutnya adalah pemain perseorangan profesional negara, Cham June Wei yang meraih kemenangan ke atas pemain Republik Czech, Jan Louda, 15-21, 21-10, 21-15.

Namun langkah seorang lagi wakil negara, Leong Jun Hao terhenti di pusingan pertama selepas tunduk kepada wakil India, S Sankar Mutuhusamy 14-21, 17-21 dalam pertarungan yang berlangsung selama 46 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2024 @ 10:36 PM