Lee Zii Jia gagal mara ke separuh akhir. FOTO BadmintonPhoto
Lee Zii Jia gagal mara ke separuh akhir. FOTO BadmintonPhoto
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Hasrat jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk mara ke separuh akhir Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila tewas kepada pilihan kedua, Viktor Axelsen 19-21, 19-21, awal pagi tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung selama 39 minit itu, Zii Jia cuba memberikan tentangan sengit namun akhirnya terpaksa akur tewas kepada jaguh tuan rumah itu.

Kemenangan itu juga menyaksikan Axelsen mengungguli rekod pertemuan antara mereka dengan memenangi empat perlawanan daripada enam pertemuan.

Hanya beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas melakukan kejutan dengan menewaskan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-18, 21-17.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing memberi saingan sengit sebelum tewas kepada pilihan keempat dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 12-21, 14-21 dalam tempoh 58 minit.

Beregu profesional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula tewas kepada pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 18-21, 19-21.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 8:44 AM