PEMAIN perseorangan pertama negara, Kok Jing Hong. FOTO ARKIB NSTP
PEMAIN perseorangan pertama negara, Kok Jing Hong. FOTO ARKIB NSTP
Ferzalfie Fauzi dan Sukhairi Thani dan Fadhli Ishak

Hanoi: Hasrat pasukan badminton lelaki negara untuk meraih emas di Sukan Sea Vietnam tidak kesampaian apabila kalah 0-3 kepada Thailand dalam perlawanan akhir di Gimnasium Bac Giang, malam ini.

Thailand meraih mata sulung menerusi juara Terbuka Jerman, Kunlavut Vitidsarn yang tidak berdepan masalah mengalahkan perseorangan lelaki negara, Kok Jing Hong 21-10, 21-15.

Malaysia cuba mencari mata penyamaan melalui beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, namun mereka kalah straight set 20-22, 20-22 kepada gandingan, Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong.

Kebangkitan cuba dicari pasukan lelaki negara melalui perseorangan lelaki kedua, Lee Shun Yang turut menemui jalan buntu selepas dia tumpas 16-21, 21-13, 21-19 kepada Khosit Phetpradab.

Perak yang diraih hari ini mengulangi pencapaian dua edisi terakhir di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dan Manila 2019, sekali gus gagal mengulangi pencapaian emas pada 1965, 1971, 1989, 1991, 2001 dan 2005.

Thailand turut meraih emas buat kali keempat berturut-turut dalam acara berpasukan wanita selepas menumpaskan Indonesia 3-0.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2022 @ 10:53 PM