ZII Jia akan menentang Chen Long di pusingan kedua badminton perseorangan lelaki Tokyo 2020, petang ini,. FOTO Bernama
ZII Jia akan menentang Chen Long di pusingan kedua badminton perseorangan lelaki Tokyo 2020, petang ini,. FOTO Bernama
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Tumpasnya pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota di pusingan pertama Tokyo 2020, semalam, jelas memberi amaran nasib sama boleh dilalui peserta lain jika terlalu memandang rendah kepada lawan atau kurang fokus mengharungi perlawanan.

Walaupun terkilan tidak dapat bertemu dengan Momota, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melihat kekalahan pemain Jepun itu menuntutnya supaya sentiasa berfikiran positif dan tidak bermain dalam situasi tekanan.

Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 berkata, ketika ini dia akan mengekalkan rentak permainan dengan bermain secara 'fun and enjoy' untuk setiap perlawanan kelak.

"Pertama, saya agak terkejut dengan kekalahan Momota, namun berfikir positif jika dia boleh kalah, maka situasi sama boleh melanda saya.

"Saya cuba bermain dengan 'fun and enjoy' untuk setiap perlawanan kerana tidak mahu ada sebarang tekanan," katanya.

Semalam, Zii Jia menepati ramalan apabila melepasi Kumpulan M dengan menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez yang berada di ranking ke-36 dunia straight set 21-17,21-5. Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia berjaya menempah tiket ke pusingan kedua untuk bertemu pemain China, Chen Long petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Julai 2021 @ 3:51 PM