PETRUCCI merangkul kejuaraan GP Perancis di Le Mans. FOTO AFP
PETRUCCI merangkul kejuaraan GP Perancis di Le Mans. FOTO AFP
AFP

Le Mans: Danilo Petrucci melakukan kejutan dan berjaya menghalang Alex Marquez bagi membolehkannya muncul juara saingan MotoGP di Grand Prix (GP) Perancis di Le Mans sebentar tadi.

Pelumba tuan rumah, Fabio Quartararo kekal mendahului kedudukan keseluruhan walaupun dia bergelut memulakan perlumbaan dari petak utama apabila cuaca hujan dan hanya menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan.

Petrucci, yang menunggang jentera Ducati, merangkul kejuaraan buat kali kedua selepas 146 penampilan di perlumbaan MotoGP.

VIETTI dari pasukan SKY Racing Team VR46 mencium trofi selepas muncul juara bagi perlumbaan Moto3. FOTO AFP
VIETTI dari pasukan SKY Racing Team VR46 mencium trofi selepas muncul juara bagi perlumbaan Moto3. FOTO AFP

Sementara itu, pelumba remaja Itali, Celestino Vietti berjaya bangkit selepas terbabit dalam kemalangan di pusingan pemanas badan untuk muncul juara saingan Moto3.

Pelumba berusia 18 tahun itu berjaya mengetepikan rakan senegara, Tony Arbolino dan pendahulu baru keseluruhan, Albert Arenas bagi kejayaan keduanya dalam karier selepas 33 perlumbaan dalam saingan Moto3.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2020 @ 8:36 PM