Aksi Serena Williams di Terbuka AS. FOTO AFP
Aksi Serena Williams di Terbuka AS. FOTO AFP
AFP

SERENA Williams menempah tempat di pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan pemain Russia, Margarita Gasparyan 6-2, 6-4.

Pemain pilihan ketiga, Serena menepati ramalan menewaskan pemain ranking ke-117 ketika beraksi di Stadium Arthur Ashe, New York dalam tempoh satu jam 33 minit.

Serena, 38, dijadualkan bertemu rakan senegara dari Amerika, Sloane Stephens dalam kelompok 32 terakhir.

"Memang menarik, saya sudah lama beraksi dan sekarang saya bermain di era moden di mana tidak ada penonton, semuanya digital.

"Saya rasa ia lebih tenang," kata Serena berkenaan norma baharu sukan sepanjang pandemik Covid-19.

Serena dalam usaha memburu gelaran ketujuh dirinya di Terbuka AS dan rekod 24 Grand Slam milik Margaret Court dalam acara perseorangan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 10:54 AM