JONNY tidak dapat beraksi menentang Sevilla selepas mengalami kecederaan lutut. FOTO Agensi
JONNY tidak dapat beraksi menentang Sevilla selepas mengalami kecederaan lutut. FOTO Agensi
AFP

PENGURUS Wolves, Nuno Espirito Santo dan pemain tengah, Ruben Neves berkata kecederaan lutut yang serius dialami pertahanan Sepanyol, Jonny akan menjadi inspirasi buat mereka menjelang aksi suku akhir Liga Europa berdepan Sevilla awal pagi esok.

Pemain berusia 26 tahun itu tidak dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut pada aksi 16 akhir menumpaskan wakil Greece, Olympiakos sekali gus melayakkan mereka ke suku akhir dengan kemenangan agregat 2-1.

"Jonny adalah pemain yang sangat penting buat kami, dia sangat luar biasa, kami mengucapkan dia supaya cepat sembuh dan tahu semangatnya akan bersama-sama dengan kami," kata Nuno.

"Kami mahu bermain untuk Jonny, dia adalah sebahagian daripada kami dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menghadiahkan kemenangan kepadanya," kata Neves.

Wolves mara ke suku akhir saingan Eropah sejak 1972, di mana kali terakhir mereka tewas kepada Tottenham dalam perlawanan akhir Piala UEFA.

Juara lima kali, Sevilla, yang muncul juara tiga musim berturut-turut dari 2014 hingga 2016, akan berdepan cabaran sebenar mereka kali ini.

"Kami tahu mereka sudah memenangi trofi berkenaan sebelum ini tapi bezanya aksi kali ini hanya sekali. Ia seakan seperti perlawanan akhir buat kami dan Sevilla," kata Neves.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 1:03 PM