DANIIL Medvedev muncul juara di Cincinnati tahun lalu selepas menumpaskan David Goffin. FOTO Agensi
DANIIL Medvedev muncul juara di Cincinnati tahun lalu selepas menumpaskan David Goffin. FOTO Agensi
AFP

BULAN depan Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP) dan Persatuan Tenis Wanita (WTA) akan melangsungkan acara pemanas badan untuk Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang dipindahkan dari Cincinnati ke New York berikutan pandemik Covid19 yang menampilkan 56 pemain.

Maklumat lengkap Terbuka Western dan Southern menyaksikan saingan itu akan diadakan Pusat Tenis Kebangsaan Billie Jean King selepas ia didedahkan awal pagi tadi dengan menampilkan lapan pemain pilihan utama dalam saingan ATP dan WTA serta bermula pada 22 Ogos.

Perlawanan akhir akan diadakan pada 28 Ogos, membolehkan pemain berehat di hujung minggu sebelum turut beraksi di Flushing Meadows bermula 31 Ogos, dengan saingan kedua Grand Slam 2020 dijangka akan dilangsungkan pada 13 September.

Penonton tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan di kedua-dua kejohanan itu, kerana ia sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan dalam usaha untuk cuba dan menghalang penyebaran Covid-19 dalam kalangan pemain terbaik dunia.

Kedua-dua ATP dan WTA akan menampilkan 39 pemain berdasarkan ranking selepas tarikh tutup pengesahan penyertaan tamat 27 Julai ini dan 12 slot adalah buat pemain kelayakan, manakala lima lagi untuk wildcard.

Sama ada Stadium Arthur Ashe atau Louis Armstrong akan digunakan untuk kejohanan itu, dengan menjadikan gelanggang berbumbung Terbuka AS sebagai pentas utama bersama dengan beberapa lagi gelanggang luar di kompleks berkenaan.

ATP dijadualkan akan kembali dengan satu lagi kejohanan dari 14 hingga 21 Ogos di Washington, manakala kejohanan pertama WTA AS sejak perintah berkurung pandemik Covid-19 ialah pada 10 Ogos di Lexington, Kentucky.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2020 @ 10:16 AM