BUNDESLIGA lakukan persiapan benarkan penyokong hadir semula ke stadium. FOTO Agensi
BUNDESLIGA lakukan persiapan benarkan penyokong hadir semula ke stadium. FOTO Agensi
AFP

KEMBALINYA penyokong ke stadium musim depan menyaksikan satu lagi pembaharuan yang harus diguna pakai oleh 36 pasukan di dua divisyen tertinggi Bundesliga bagi mengelak jangkitan Covid-19 dalam kalangan penonton.

Saingan Bundesliga berakhir pada hujung bulan lalu dengan sembilan aksi terakhir setiap pasukan diadakan secara tertutup.

Bagaimanapun, selepas setiap pasukan kehilangan pendapatan jutaan hasil pertandingan, Liga Bolasepak Jerman menyalurkan bantuan bagaimana untuk mewujudkan persekitaran selamat di stadium.

"Garis panduan ini akan berfungsi sebagai panduan bagi struktur asas konsep kebersihan dan mengandungi banyak aspek yang harus dipertimbangkan," kata DFL dalam kenyataannya.

Setiap kelab perlu memastikan konsep yang akan diguna pakai itu mendapat kelulusan pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Garis panduan DFL itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Persekutuan kerajaan Jerman untuk dinilai.

Jerman sebelum ini mencatatkan kira-kira 200,000 kes dan merekodkan 9,071 kematian berikutan virus berkenaan.

Pasukan gergasi seperti Bayern Munich, Borussia Dortmund dan RB Leipzig dilaporkan sudah gerak kerja konsep kesihatan yang dapat membolehkan penonton kembali ke stadium.

Dortmund sudah menguji sistem yang mampu menyukat suhu badan penyokong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 2:26 PM