WARD menunjukkan kertas pertaruhannya ke atas Liverpool. FOTO Agensi
WARD menunjukkan kertas pertaruhannya ke atas Liverpool. FOTO Agensi
Agensi

SEORANG kaki judi menarik nafas lega selepas melakukan pertaruhan bernilai £55,000 (RM296,385) hasil mewarisi harta pusaka apabila memilih Liverpool memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Penyokong tegar Manchester United, Tony Ward, 55, menunggu dengan penuh debar sejak perintah berkurung Mac lalu yang memaksa aksi liga ditangguhkan.

Namun bapa kepada tiga anak itu akhirnya meraih £91,000 (RM490,400) termasuk wang pertaruhannya selepas skuad bimbingan Jurgen Klopp disahkan memenangi Liga Perdana bulan lalu

Tony memperoleh wang harga pusaka bernilai £55,000 selepas ibunya, Rose meninggal dunia pada 2017 di usia 82 tahun dan kemudian mempertaruhkan kesemua wang itu kepada Liverpool.

"Liverpool sentiasa nampak mampu memenangi kejuaraan liga. Saya memilih mereka selepas perbincangan yang panjang," katanya.

Dia kemudian menyaksikan Liverpool mengatasi Manchester City di tangga teratas liga sebelum saingan ditangguhkan kerana Covid-19.

Tony yang menggelarkan dirinya peminat setia Man United, kemudian terpaksa menunggu sehingga pertengahan Jun apabila aksi liga bersambung semula.

"Jika saingan musim ini dibatalkan ia pasti tidak adil untuk Liverpool. Mereka jelas pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan liga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 1:23 PM