PEMAIN MLS berbaris simbolik anti perkauman sebelum perlawanan antara Orlando dan Inter Miami. FOTO AFP
PEMAIN MLS berbaris simbolik anti perkauman sebelum perlawanan antara Orlando dan Inter Miami. FOTO AFP
AFP

SAINGAN Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) kembali bersambung selepas empat bulan ditangguhkan dengan demonstrasi anti perkauman dan kegusaran pasukan menarik diri akibat diancam penularan Covid-19.

Gol pada masa kecederaan oleh pemain antarabangsa Portugal dan bekas bintang Manchester United, Nani membolehkan Orlando kemenangan 2-1 ke atas pasukan David Beckham, Inter Miami.

Jaringan Nani pada masa kecederaan membolehkan Orlando bangkit dari ketinggalan untuk mencatat kemenangan selepas Chris Mueller menafikan jaringan pembukaan Juan Agudelo pada minit ke-70.

Bagaimanapun, drama pada masa kecederaan itu dibayangi upacara luar padang selepas sebagai simbolik saingan MLS disambung semula.

Sebelum sepak mula, beberapa pemain dari setiap pasukan yang beraksi di MLS berbaris tepi padang sebagai tanda protes menentang perkauman dan kekejaman polis.

Kesemua pemain itu berbaris dengan memakai kemeja T dan sarung tangan berwarna hitam, sebelum mendiamkan diri selama lapan minit 46 saat simbolik ke atas kematan George Floyd ketika dikasari polis sehingga meninggal dunia 25 Mei lalu.

Floyd meninggal dunia selepas lehernya ditekan oleh pegawai polis dengan lutut selama lapan minit 46 saat.

Pemain Miami dan Orlando selepas itu berlutut sebaik wisel permulaan ditiup, sebagai solidariti pergerakan Black Lives Matter.

"Kejohanan ini sangat unik untuk memberikan peluang buat kami semua bersama-sama di lokasi sama menunjukkan sokongan serta solidariti buat semua orang berdiri di atas perjuangan hak," kata pertahanan Toronto FC, Justin Morrow.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 2:47 PM