VITOLO (dua dari kiri) meraikan jaringan kemenangan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
VITOLO (dua dari kiri) meraikan jaringan kemenangan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

ATLETICO Madrid memperoleh tonik terbaik untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Valladolid awal pagi tadi sekali gus membolehkan mereka melonjak ke tangga ketiga La Liga.

Jaringan kemengan melalui pemain gantian Vitolo ketika perlawanan berbaki sembilan minit membolehkan pasukan bimbingan Diego Simeone meraih tiga mata.

Mereka sekarang mengumpul 52 mata dan empat mata mengatasi Getafe yang turut memburu slot ke Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan buat kali pertama di Stadium Wanda Metropolitano.

Vitolo masuk menggangtikan Marcos Llorente pada minit ke-73 dan menjaringkan gol kemenangan melalui tandukan selepas penjaga gol Valladolid gagal mengeluarkan bola dari sepakan sudut.

Harapan Getafe untuk menamatkan saingan liga di kelompok empat teratas sedikit terjejas selepas mereka hanya mencatat keputusan seri 1-1 di gelanggang sendiri ketika berdepan Eibar.

Penyudah cantik Peter Etebo meletakkan Getafe di depan, sebelum Charles menjaringkan gol penyamaan Eibar hasil percubaan dari jarak dekat.

Getafe hanya meraih dua mata daripada tiga perlawanan sejak La Liga bersambung semula.

"Ia jelas bahawa kami memerlukan kemenangan untuk menaikkan moral. Ia masih lagi permulaan yang baik buat kami selepas liga terhenti tapi kami akan terus berusaha sehingga mampu mencatat kemenangan. orang berkata cita-cita kami sangat tinggi namun kami akan terus berjuang," kata pemain Getafe, Jaime Mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2020 @ 2:12 PM