WERNER meraikan jaringan keempat Leipzig ketika menentang Mainz. FOTO AFP
WERNER meraikan jaringan keempat Leipzig ketika menentang Mainz. FOTO AFP
Agensi

TIMO Werner pemain paling sesuai dengan corak permainan pantas Liverpool, menurut Paul Lambert.

Hatrik penyerang RB Leipzig itu ketika menentang Mainz pada Ahad lalu adalah jaringan ke-30nya musim ini.

Werner, 24, mempunyai klausa pelepasan £52 juta (RM279 juta) tetapi Liverpool bakal berdepan saingan Chelsea, Manchester United dan Inter Milan untuk mendapatkan tandatangannya.

Bekas bintang Borussia Dortmund, Lambert berkata: "Saya melihat aksi dia beberapa tahun lalu dan dia memang pantas.

"Model dia dan Liverpool adalah sama. Setiap orang tahu cara permainan Liverpool, dengan kepantasan dan dia memilikinya. Leipzig skuad yang pantas dan dia meningkat dengan corak itu.

"Itu permainan mereka, jadi adakah dia sesuai dengan Liverpool. Ya, saya tak ragu dia pemain yang paling sesuai. Kepantasan menjadi DNA dua pasukan itu ."

Tetapi Owen Hargreaves memberi amaran, Werner mungkin berdepan kesukaran mengambil alih tempat Roberto Firmino dalam skuad The Reds. "Kemana sahaja dia pergi, dia perlu bermain," katanya kepada BT Sport.

"Berdasarkan corak aksi (Manchester) United sekarang, saya fikir mereka perlukan Werner di sana. Mereka perlukan No.9.

"Chelsea mungkin juga sesuai untuknya tetapi saya fikir dia paling tepat untuk Liverpool. Bagaimanapun, tiada jaminan dia mampu menempatkan diri dalam kesebelasan utama.

"Jika dia gembira dengan giliran di bahagian depan, ia cukup bagus buat Jurgen Klopp."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 6:43 PM