MALDINI, Pengarah Teknikal AC Milan. FOTO Agensi
MALDINI, Pengarah Teknikal AC Milan. FOTO Agensi
AFP

GERGASI bola sepak Itali, Inter Milan dan AC Milan kembali berlatih hari ini selepas dua bulan menjalani perintah berkurung di bandar utara Itali itu.

Inter berkata, semua pemain dan staf mereka diuji negatif koronavirus dan membolehkan merka kembali berlatih secara individu di sebelah petang.

"Semua pemeriksaan kesihatan ke atas pasukan utama mendapati hasilnya negatif," kata kenyataan pasukan. Latihan individu akan berlangsung sebelah petang."

Pencabar setempat, AC Milan turun ke padang lebih awal dengan Pengarah Teknikal kelab, Paolo Maldini menegaskan 'tidak turun ke padang akan menjadi bencana'.

Bekas kapten Itali, Maldini bersama anaknya berusia 18 tahun, Daniel, pemain kelab remaja Milan, telah pulih daripada koronavirus itu.

"Anda perlu berhati-hati tetapi tidak kembali berlatih akan menjadi bencana daripada semua pandangan," kata Maldini, 51, ketika perbualan dalam Instagram bersama bekas rakan sepasukan, Filippo Inzaghi.

"Perancis salah dalam menamatkan liga mereka tetapi kami menerima ia adalah keputusan kerajaan. Terdapat banyak ketidakpastian."

Kedua-dua kelab Milan itu menegaskan mereka mengambil langkah pencegahan maksimum ketika sesi latihan pasukan masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 11:56 PM