Reaksi jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone. FOTO Reuters
Reaksi jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone. FOTO Reuters
AFP

PENGURUS Atletico Madrid, Diego Simeone mempertahankan aksi barisan pemainnya selepas berjaya menyingkirkan Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-2 ketika tambahan masa di Anfield untuk mara suku akhir apabila menang 4-2 menerusi agregat.

Juara bertahan itu kelihatan dapat memadamkan kelebihan di miliki Atletico apabila Roberto Firmino meletakkan mereka di depan pada masa tambahan selain tandukan Georginio Wijnaldum pada separuh masa pertama.

Begitupun, Liverpool terpaksa akur apabila terlepas peluang mempertahankan kejuaraan ketika dua jaringan Llorente dalam masa sembilan minit dan jaringan menarik Alvaro Morata memastikan kemenangan pelawat pada penghujung babak tambahan masa.

Kekalahan itu menamatkan rekod dibanggakan Jurgen Klopp yang tidak pernah tewas dalam aksi pusingan kedua kejohanan Eropah sebagai pengurus Liverpool dan dia melihat perubahan taktik bertahan Atletico menjadi punca kekalahan pasukannya.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp mengarahkan sesuatu kepada Virgil van Dijk dan Joe Gomez. FOTO Reuters
Pengurus Liverpool, Juergen Klopp mengarahkan sesuatu kepada Virgil van Dijk dan Joe Gomez. FOTO Reuters

“Cara mereka bermain, Saya tidak boleh menerimanya,” kata Klopp.

“Mereka boleh bermain bola sepak dengan lebih baik tapi mereka cukup berdisiplin ketika bertahan dan hanya melakukan serangan balas.”

Namun Simeone tetap mempertahankan aksi pemainnya yang mencatat satu lagi keputusan menarik dalam saingan Eropah apabila dua kali mendahului untuk memastikan kemaraan pasukan itu sepanjang lapan tahun mengambil alih tugas.

“Kami bermain untuk menang, dengan barisan pemain yang kami ada,” kata Simeone.

“Ia dilakukan dengan cara menghormati identiti kami, karakter pemain dan memanfaatkan kelemahan musuh kami.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 8:27 AM