Ismaila Sarr (tengah) meraikan jaringan. FOTO Reuters
Ismaila Sarr (tengah) meraikan jaringan. FOTO Reuters
AFP

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp menegaskan kejuaraan belum dimenangi lagi selepas barisan kendaliannya ditewaskan buat pertama kali dalam perlawanan ke 45 saingan Liga Perdana ketika Watford mengalahkan juara Eropah, 3-0 pagi ini.

Barisan pemain Klopp masih selesa mendahului 22 mata di puncak carta liga dan hanya memerlukan maksimum empat kemenangan pada baki 10 perlawanan mereka sekali gus memastikan gelaran juara liga buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Tetapi, kekalahan di Vicarage Road meneruskan aksi terumbang ambing kepada lawan yang berdepan tekanan tersingkir liga Norwich dan West Ham dalam dua perlawanan liga sebelum ini dan kekalahan pusingan pertama saingan kelompok 16 terakhir kepada Atletico Madrid.

“Apa yang dilakukan oleh pemain setakat ini sukar diterima tetapi ia belum berakhir lagi,” kata Klopp.

“Kami tidak menjangkakan jumlah perlawanan yang kami menang. Ia bukan sesuatu yang mudah dan tidak akan selalunya mudah, jadi sekarang kita harus teruskan.”

Klopp antara mereka yang memperjuangkan waktu rehat musim sejuk di tengah-tengah kempen liga Inggeris yang memenatkan bagi memberi peluang pemain berehat dan memulihkan keadaan mereka.

Tapi rehat dua minggu awal bulan ini seolah-olah mengganggu rentak The Reds.

“Keadaan, prestasi adalah sesuatu yang kita tidak boleh ambil mudah. Kami berjuang dengan semua perasaan dalam badan. Kami menentang berdepan segalanya dan disebabkan itu kami mempunyai mata sedemikian,” tambah Klopp.

“Kejutan paling besar pada saya adalah perjuangan Watford untuk kekal dalam liga. Ketika ini adalah masanya semua orang akan bertarung bagai nak gila.

“Kami tidak fikir ia adalah kekalahan paling besar dalam dunia bola sepak. Kami sangat terkesan dengan kekalahan dan sekarang kami mempunyai peluang untuk menunjukkan reaksi sebenar sekali lagi.”

Juergen Klopp (kanan) mahu anak buahnya bangkit. FOTO Reuters
Juergen Klopp (kanan) mahu anak buahnya bangkit. FOTO Reuters

Ismaila Sarr adalah bintang buat Watford ketika pemain Senegal meledak dua gol dalam tempoh enam minit sebaik sahaja perlawanan separuh masa kedua bermula dan dia berganding baik bersama Troy Deeney untuk gol ketiga pasukan itu.

Kemenangan selesa itu memberi bonus tambahan buat Watford untuk terkeluar dari zon penyingkiran dengan perbezaan satu gol mengatasi Bournemouth.

Begitupun, selepas tergelincir di kedudukan tiga terbawah sebelum memulakan kempen awal liga dengan baik, bos Hornet, Nigel Pearson mengetahui adalah penting mencatat kemenangan pada baki saingan musim ini.

“Ia kemenangan penting buat kami. Tapi ia adalah satu kemenangan,” kata Pearson.

“Mereka adalah lawan yang luar biasa, kami harus mempamerkan aksi yang betul dan saya fikir kami berhak memenangi perlawanan ini.

“Kami memberi tumpuan pada penguasaan bola dan pertahanan yang berdisiplin, bertenaga dan komitmen. Ia adalah pesanan sejak dari hari pertama lagi.

“Ia terletak pada kami dan kami harus memperbaiki aksi setiap minggu yang ada kala turun naik.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 9:49 AM