Sander Berge catat rekod perpindahan menyertai Sheffield United. FOTO Agensi
Sander Berge catat rekod perpindahan menyertai Sheffield United. FOTO Agensi
Reuters

SHEFFIELD United mencatat rekod perpindahan pemain buat kelab itu sekali lagi apabila menandatangani pemain tengah antarabangsa Norway, Sander Berge dari juara Belgium, Genk dengan perjanjian selama empat tahun setengah menurut kelab Liga Perdana itu.

The Blades tidak mendedahkan yuran perpindahan namun menurut laporan Sky Sports kelab itu perlu membayar £22 juta (RM117.82 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 21 tahun yang beraksi 20 kali buat negaranya.

Ia mungkin mengatasi jumlah £20 juta yang dibayar kepada pasukan kejuaraan, Swansea City untuk mendapatkan khidmat penyerang Scotland, Oli McBurnie pada Ogos.

"Kami sudah mengikut perkembangannya sejak sekian lama, dia adalah pemain yang kami lihat boleh memperkuatkan pasukan dan sangat bersetuju untuk beraksi bersama kami." kata Pengurus Blades, Chris Wilder kepada laman sesawang kelab itu.

Pasukan yang baru menyertai liga utama itu, sudah memecah rekod perpindahan mereka sebanyak lima kali sejak kembali ke Liga Perdana, berada di kedudukan kelapan dengan 33 mata daripada 24 perlawanan.

Berge membuat 98 penampilan bersama Genk, menjaringkan enam gol dan tiba di Bramall Lane dengan pengalaman beraksi di Liga Juara-Juara.

Dia mungkin dapat membuat penampilan pertama di Liga Perdana apabila the Blades berkunjung ke Crystal Palace yang menduduki tangga ke-11 liga, dalam perlawanan yang dijadualkan esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 1:16 PM