Zulkhairi (kanan) bersama Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Asmirul Anuar Aris. FOTO STR/IZZALI ISMAIL
Zulkhairi (kanan) bersama Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Asmirul Anuar Aris. FOTO STR/IZZALI ISMAIL
Izzali Ismail


PEMAIN pertahanan kental Zulkhairi Zulkeply mengakui cabaran besar bakal ditempuhi bersama skuad Kedah yang akan bersaing di peringkat laluan ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2020.

Bekas pemain pertahanan skuad UiTM FC dan Pulau Pinang berusia 24 tahun itu mahu menjadikan inspirasi dan kesungguhan untuk mencipta kejayaan bersama skuad Lang Merah dalam Liga Malaysia.

"Saya mengakui cabaran sengit untuk dipilih ke dalam kesebelasan utama menampilkan barisan terkini seperti Irfan Zakaria serta Renan Alves yang bergandingan bersama Shakir Hamzah dan Rizal Ghazali.

"Saya perlu membuktikan keupayaan disasarkan dan dicari oleh ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak dalam persiapan latihan pramusim.

"Saya perlu memberi usaha lebih 100 peratus dalam latihan untuk memikat hati Aidil dan jika ada rezeki dipilih saya mahu mempamer aksi terbaik."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Disember 2019 @ 4:18 PM