Benitez malu selepas skuadnya kalah teruk. FOTO REUTERS
Benitez malu selepas skuadnya kalah teruk. FOTO REUTERS
AFP

RAFAEL Benitez menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) bersama Liverpool dan mengendali Real Madrid tetapi skala kejayaan terbaru diraihnya di China, minggu ini benar-benar memalukannya.

Pengurus Sepanyol itu mengalami salah satu kekalahan terbesar dalam karier pengurusannya selepas Dalian Yifang dibelasah 5-1 dalam saingan Liga Super China (CSL).

Saingan yang akan memasuki perlawanan terakhir musim pada Ahad ini, Dalian menghuni tangga ke-10 daripada 16 pasukan.

Ia kedudukan sama sejak Benitez mengambil alih kelab itu pada Julai lalu.

Mereka hanya menang sekali pada sembilan perlawanan terakhir dalam semua saingan.

“Ini adalah perlawanan yang tidak saya fahami,” kata Benitez yang marah berikutan kekalahan dialami kepada kelab yang berada di ambang penyingkiran Tianjin Tianhai dan menuduh pemainnya cepat mengalah.

Benitez yang turut mengendalikan Valencia, Inter Milan, Chelsea, Napoli dan Newcastle United, menikmati permulaan yang baik di Dalian tetapi keputusan merudum secara mendadak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 7:13 PM