NATASHA kibar cabaran dalam kelompok lapan terbaik  di Palembang.
NATASHA kibar cabaran dalam kelompok lapan terbaik di Palembang.
Nor Hairulnizam Wahid


NATASHA Roslan mempamer aksi meyakinkan untuk terus kekal dalam kelompok lapan terbaik dalam Kejohanan Piala Dunia Boling di Palembang hari ini.

Meskipun berada di tangga kedua dengan mengumpul 6,719 jatuhan pin selepas tambahan lapan game, ketinggalan hanya enam pin berbanding jagoan Amerika Syarikat, Kelly Kulick dengan 6,725 jatuhan pin namun juara Masters Remaja Dunia 2016 tampil dengan aksi konsisten untuk kekal memberi cabaran.

Kedua-dua mereka dicabar hebat Aumi Guerra dari Republik Dominica yang mengumpul 6,514 jatuhan pin.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi seorang lagi wakil negara, Adrian Ang yang tersingkir dalam untuk saingan kategori lelaki.

Menerusi jumlah 6,522 jatuhan pin, cabaran Adrian tamat di tangga ke-14. Natasha akan menyambung aksinya esok dalam kelompok lapan terbaik untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir dan akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 9:09 PM