TOWNSEND ungguli peringkat kedua Tour of Fuzhou. -  FOTO Agensi
TOWNSEND ungguli peringkat kedua Tour of Fuzhou. - FOTO Agensi
Azlan Muhammad Zain


TERENGGANU Inc TSG Cycling Team (TSG) dan skuad negara terus kempunan untuk meraih podium pada peringkat kedua Tour of Fuzhou di China, hari ini.

Pencapaian terbaik TSG hadir menerusi pelumba barunya dari Panama, Cristopher Robin Jurado yang meraih kedudukan ke-19.

Manakala Akmal Hakim Zakaria muncul pelumba terbaik skuad Malaysia apabila menduduki tempat ke-27.

Peringkat kedua yang bermula dan berakhir di Langqi Hongguang Lake Park sejauh 118 kilometer dimenangi Rory Townsend dari Canyon Bloor Homes dengan masa dua jam 42 minit 08 saat.

Ilya Davidenok dari Shenzhen Xidesheng Cycling Team mengekalkan tiga jersi utama- kuning, pecut dan bukit- selepas memenanginya pada peringkat pertama.

Perlumbaan berstatus 2.1 di Jelajah Asia mempertandingkan tujuh peringkat perlumbaan membabitkan 22 pasukan.

Peringkat ketiga diteruskan esok dari Binjiang Binhai Road ke Qianjing Manchu dengan laluan landai sejauh 113km.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 9:10 PM