GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

DUA lelaki ditahan susulan percubaan merompak bintang Arsenal Mesut Ozil dan Sead Kolasinac menurut laporan media Britain awal pagi ini.

Pemain tengah Jerman Ozil dan pertahanan Bosnia Kolasinac menjadi sasaran lelaki bersenjatakan pisau menaiki motosikal yang cuba menyamun kereta mereka di utara London pada 25 Julai.

Kolasinac dilihat menghalau mereka daripada kereta yang dipandunya bersama Ozil sebelum berjaya menyelamatkan diri di sebuah restoran tempatan.

Kedua-dua pemain itu kini kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris selepas tidak beraksi dalam beberapa perlawanan susulan kebimbangan terhadap keselamatan mereka pada awal musim ini.

Laporan di UK berkata bahawa Ashley Smith, 30, dari Cardinals Way di utara London, didakwa atas cubaan menyamun dan mengancam dengan menggunakan senjata berbahaya pada 5 September.

Jordan Northover, 26, dari West Yorkshire, juga didakwa dengan dua pertuduhan.

Smith, yang juga berdepan pertuduhan memiliki kanabis, ditahan reman dan akan dibicarakan di Mahkamah Snaresbrook Crown Court di London pada awal pagi Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 September 2019 @ 9:15 AM