Diego Maradona. FOTO File Reuters
Diego Maradona. FOTO File Reuters
AFP

LEGENDA Argentina, Diego Maradona akan mengambil alih tugas sebagai jurulatih kelab yang bersaing di Superliga Argentina, Gimnasia umum kelab itu menerusi akaun Twitter, semalam.

“Selamat Datang Diego! Setiap sudut daripada kelab bola sepak menarik dalam dunia ini mengalu-alukan kehadiran anda,” menurut kelab yang berpangkalan di La Plata.

Bekas jurulatih Argentina itu meletak jawatan sebagai pengendali kelab Dorados yang bersaing di Divisyen Dua Mexico pada Jun lalu berikutan masalah kesihatan yang dialami selepas hanya sembilan bulan mengambil alih tugas itu.

Kelab barunya, secara rasmi dikenali dalam bidang gimnastik dan lawan pedang, ketika ini menghuni kedudukan terbawah Superliga daripada 24 kelab di Argentina, dengan hanya memungut satu mata daripada lima perlawanan.

Maradona dilantik sebagai jurulatih di Dorados pada September menunjukkan kejutan, di sebalik sejarah hitamnya sebagai jurulatih sejak meninggalkan tugas membimbing pasukan kebangsaan pada Piala Dunia 2010.

Dia juga pernah bertindak sebagai jurulatih kelab Divisyen Dua, Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Fujairah.

Bekas penyerang Barcelona dan Napoli ini sebaliknya lebih dikenali kerana memacu skuad negaranya mencipta kejayaan pada Piala Dunia 1986 di Mexico.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 7:17 PM