JUNE Wei  atasi cabaran pemain Indonesia.
JUNE Wei atasi cabaran pemain Indonesia.
Saiful Affendy Sapran


TIADA sebarang masalah untuk pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua Terbuka Taiwan apabila mudah menewaskan wakil tuan rumah, Hsueh Hsuan Yi 21-7, 21-17 hari ini.

Hadir selaku juara bertahan sekali gus mempunyai misi untuk mempertahankan gelarannya itu, Zii Jia mempamer prestasi terbaik untuk menewaskan Hsuan Yi hanya dalam tempoh 29 minit. "Walaupun sebagai juara bertahan, saya tak mahu terlalu memikirkan sangat mengenainya. Yang penting bagi saya fokus pada setiap perlawanan terlebih dahulu. Harap saya dapat kekalkan prestasi ini pada pusingan kedua nanti," katanya.

Menantinya pada pusingan kedua esok untuk tiket ke suku akhir adalah pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.

Terbuka Taiwan cukup istimewa untuk Zii Jia apabila muncul juara tahun lalu menewaskan pemain tuan rumah, Chou Tien Chen pada aksi final sekali gus pencapaian terbesar dalam kariernya.

Mengiringi Zii Jia ke pusingan kedua adalah Cheam June Wei dan pemain profesional, Liew Daren. June Wei menewaskan pemain Indonesia, Indonesia, Ihsan Maulana Mustofa 21-19, 21-15 dan akan bertemu Lin Yu Hsien dari Taiwan, esok.

Manakala Daren menewaskan wakil Jepun, Yu Igarashi 21-18, 21-18 sekali gus akan bertemu Thomas Rouxel dari Perancis, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 September 2019 @ 7:21 PM