Pierre-Emerick Aubameyang bersama Pires (kanan). FOTO Agensi
Pierre-Emerick Aubameyang bersama Pires (kanan). FOTO Agensi
Agensi

PEMAIN legenda Arsenal, Robert Pires menyertai sesi latihan skuad itu menjelang pertembungan derby London utara menentang Tottenham, malam ini.

Kehadiran bintang Perancis itu untuk memperkatakan sesuatu pasti memberi suntikan semangat kepada skuad Unai Emery beraksi pada perlawanan keempat mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pires hanya tewas sekali daripada 13 perlawanan berdepan musuh ketat mereka itu sebelum ini.

Sepanjang enam musim bermula 2000, Pires beraksi 12 perlawanan dengan lima kemenangan, seri enam dan tewas sekali.

Duta kelab Gunners itu menjaringkan lapan gol pada perlawanan itu dan melakukan satu hantaran untuk rakan sepasukan menjaringkan gol.

Pires juga beraksi menentang Spurs sekali dalam Piala FA yang dimenangi mereka dan turut menjaringkan gol.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 7:34 PM